Stadium Roland Garros
Stadium Roland Garros

Stadium Roland Garros

Stade Roland Garros (Sebutan bahasa Perancis: [stad ʁɔlɑ̃ ɡaʁos]; "Stadium Roland Garros") merupakan sebuah kompleks gelanggang tenis yang terletak di Paris, Perancis. Kompleks ini terkenal dengan penganjuran Terbuka Perancis, juga dikenali Roland Garros, yang merupakan sebuah kejohanan Grand Slam yang diadakan secara tahunan pada Mei dan Jun. Kompleks tersebut dinama sempena nama juruterbang Perancis Roland Garros, dan dibina pada 1928 untuk menganjurkan perlawanan Perancis dalam Piala Davis, yang menyaksikan pasukan Perancis mempertahankan tempat mereka sebagai juara buat kali pertama.Kompleks yang berluas 13.5-hektar (34 ekar) ini mempunyai 20 gelanggang,[1] termasuklah tiga stadium yang berkapasiti besar; Les Jardins de Roland Garros, sebuah restoran besar dan kompleks bar;[2] Le Village, kawasan akhbar dan VIP; Pusat Latihan Kebangsaan Perancis (CNE); dan Tenniseum, sebuah muzium multimedia tentang sejarah tenis.

Stadium Roland Garros

Lokasi Daerah 16, Paris, Perancis
Dibuka 1928
Kapasiti 15,000 (Court Philippe Chatrier)
10,068 (Court Suzanne Lenglen)
5,000 (Court Simonne Mathieu)
Permukaan "Tanah liat" (lihat bawah)

Rujukan

WikiPedia: Stadium Roland Garros http://www.colleensparis.com/Colleens_Paris_roland... http://www.firstworldwar.com/bio/garros.htm http://www.gemtennis.com/2010/05/26/roland-garros-... http://sports.espn.go.com/sports/tennis/french04/n... http://nbcsports.msnbc.com/id/37385481/ns/sports-t... http://www.rolandgarros.com/ http://www.rolandgarros.com/en_FR/about/index.html http://www.rolandgarros.com/en_FR/content/rg_spiri... http://www.tennis-histoire.com/tournois/stade-rola... http://www.tennis.com/pro-game/2018/06/au-revoir-c...